Tuesday 15 March 2016

Syma White Coffee

Syma White Coffee

Syma White Coffee
Brand: Syma Beauty Skincare
Product Code: Syma White Coffee
Availability: In Stock
Price: RM36.90
(26)
Qty:       - OR -   Add to Wish List
Add to Compare
Description Reviews (0)
Syma White Coffee merupakan kopi pracampuran yang diadun menggunakan ramuan semulajadi seperti Habbatussauda, kolagen marin, Garcinia Cambogia dan sarang burung khusus untuk menyerlahkan keremajaan dan kejelitaan kulit di samping membantu anda memiliki bentuk badan yang lebih langsing dan menawan.

Khasiat Syma White Coffee

  • Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  • Menyegarkan lagi tubuh badan anda
  • Membantu menghilangkan rasa mengantuk
  • Menguatkan daya ketahanan tubuh badan bagi
  • Membantu memelihara kejelitaan dan keremajaan kulit
  • Memperbaiki tekstur kulit agar menjadi lebih sekata
  • Membantu mengurangkan kesan penuaan kulit
  • Membantu memudarkan kesan kedutan, parut, jerawat dan jeragat
  • Mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  • Membantu menurunkan berat badan yang berlebihan
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi

Kandungan Syma White Coffee

Garcinia Cambogia: Di samping bertindak mengekang penghasilan lemak bagi membantu menurunkan berat badan, tumbuhan ini juga dapat membantu mengatasi masalah angin dalam badan. Ia juga diyakini dapat menurunkan paras kolestrol, mengawal paras gula di dalam darah serta mengurangkan masalah asid di dalam perut seterusnya membantu memelihara kesihatan usus.
Biji Anggur: Biji anggur kaya dengan antioksidan dan antiradang yang ternyata berkesan untuk memelihara kecantikan dan keremajaan kulit. Malah, ia juga mengandungi enzim pancreatic lipase dan lipoprotein lipase yang mampu mengekang pengambilan kalori dan penyerapan lemak ke dalam tubuh badan sekaligus membantu mengawal berat badan.
Habbatus sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat untuk kesihatan kulit dan tubuh badan manusia. Ia mengandungi asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Di samping itu, Habbatussauda turut membantu mengatasi masalah jerawat dan kulit kering, melancarkan proses penghadaman serta mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah seterusnya membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan.
Betik: Buah yang kaya dengan antioksidan ini berupaya menyingkirkan sel kulit mati, mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit, mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata serta mengurangkan kesan penuaan pada permukaan kulit. Di samping itu, Buah betik juga mengandungi serat yang bertindak melancarkan proses penghadaman seterusnya membantu menurunkan berat badan yang berlebihan.
Anggur: Anggur mampu mengawal tahap gula dalam darah, melancarkan peredaran darah serta menjana hormon adiponectin yang berupaya mengawal berat badan. Anggur juga mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran cahaya matahari, mengurangkan kesan parut, membantu memelihara kehalusan dan keremajaan kulit, serta memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata.
Avokado: Buah avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan melindungi kulit daripada kerosakan dan penuaan akibat pendedahan terhadap sinaran ultraviolet (UV), meningkatkan kelembapan dan kehalusan kulit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buah avokado juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung seterusnya membantu meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit serta membantu memulihkan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
Tomato: Buah tomato kaya dengan vitamin C yang bukan sahaja menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan, malah berupaya meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh bagi membantu anda mengawal dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Malah, ia juga berkesan untuk memelihara kehalusan kulit, mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran UV.
Vitamin C: Vitamin C tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Di samping itu, ia juga mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat toksin mahupun sinaran ultraviolet (UV) serta membantu menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menganjal dan menegangkan kulit.
Kolagen Marin: Kolagen dari sumber marin yang boleh diesktrak dari rumpai laut mahupun kulit atau sisik ikan air masin ini merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit anda. Ia juga mampu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Astaxanthin: Astaxanthin merupakan agen antioksidan yang sering terkandung di dalam ramuan semulajadi seperti ikan salmon, yis, ketam dan udang. Selain meneutralkan kesan radikal bebas bagi mencegah kerosakan sel dan proses penuaan, ia juga berupaya menguatkan sistem imunisasi, mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dan mineral yang ternyata baik untuk kecantikan kulit. Kandungan protein yang tinggi di dalam sarang burung sebenarnya mengandungi asid amino yang bertindak menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya menghalus dan menganjalkan kulit.
Sarang burung turut berupaya membantu meningkatkan kecerahan kulit serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus sekaligus menjadikan kulit anda tampil lebih muda dan berseri.

Cara Penggunaan Syma White Coffee

  1. Bancuh 1 sachet Syma White Coffee bersama secawan air panas.
  2. Kacau hingga larut dan hidangkan.
Kandungan: 15 sachet

No comments:

Post a Comment